Hukum Pakai Rantai ' Owl '
Assalamualaikum :) Harini saya nak share skett tntg Hukum pkai rantai nie .. Tgkla zaman skrg ramai remaja yg minat pakai rantai camni .. Hurmmm , tahu ke tak rantai tu boleh pkai atau tak boleh ? Jom bace nie .
freemason '
Aku
suka burung hantu. Sebab aku rasa burung hantu seekor burung yang comel
dan cool. Tetapi, tiba-tiba muncul segelintir manusia yang mengatakan
rantai burung hantu haram dipakai disebabkan adanya unsur-unsur
Freemason. Secara tidak langsung, ini bermakna burung hantu menjadi penyebab rantai tersebut haram dipakai.
Jadi, adakah burung hantu haram di sisi Islam? Selepas ini, kita
sebagai umat Islam wajib menyekat pembiakan burung hantu diseluruh dunia
kerana burung hantu ada unsur-unsur freemason. Begitu?
Tidak wajar mengaitkan haram sebab Freemason
Tidak
dinafikan, pergerakan Freemason ini memang wujud. Hukum memakai pakaian
atau perhiasan yang memaparkan lambang persatuan dan simbol agama lain
adalah haram. Tetapi, untuk mengaitkan rantai burung hantu itu haram
disebabkan Freemason adalah tidak wajar. Jika rantai burung hantu haram
disebabkan ada unsur freemason, adakah ini bermakna memakai rantai naga,
cicak tokek atau binatang yang lain adalah halal? Dan jika selepas ini
Freemason menyelitkan gambar ayam, adakah ayam haram dimakan dan Radix
Fried Chicken terpaksa ditukar kepada Radix Fried Duck? Ayamas ditukar
kepada Itikmas?
Haram dipakai sebab dilarang dalam Islam
Bagi
lelaki, segala jenis rantai adalah haram dipakai. Bagi wanita, bukan
setakat rantai burung hantu yang haram dipakai. Segala jenis perhiasan
yang terdapat padanya gambar atau ukiran sesuatu yang bernyawa seperti
binatang adalah haram dipakai kerana ia diletakkan pada tempat yang
dimuliakan yakni di tubuh badan kita. Sedangkan teddy bear pun haram
disimpan di dalam rumah. Tapi, berapa ramai awek-awek yang simpan di
atas almari dan di hujung katil? Apabila patung-patung tersebut
diletakkan sebagai perhiasan, perbuatan tersebut adalah haram. Malah,
Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung.
Rasulullah
SAW bersabda : Maksudnya: “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang
terdapat di dalamnya patung-patung atau gambar-gambar (sesuatu yang
bernyawa)” (Hadis riwayat Muslim)
Tetapi, untuk dijadikan sebagai alat pembelajaran atau mainan kanak-kanak, hukumnya harus. Soalnya sekarang ialah bab perhiasan.

Nabi
SAW bersabda. Maksudnya: “Makanlah kamu dan bersedekahlah serta
berpakaianlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak bermegah-megah.” (Hadis riwayat An-Nasai’e)
“Wahai
anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap
kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah
serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak
suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-‘Araf, ayat 31)
Jadi,
apa tujuan anda memakai perhiasan dengan ukiran macam tu jika bukan
untuk menunjuk-nunjuk? Berhiaslah secara ala kadar. Orang yang suka
berhias secara berlebihan ni biasanya orang yang tidak menutup aurat dan
tidak bersolat. Kalau pakai tudung dengan sempurna, macam mana nak
tayang rantai tu kan? Kalau warnakan kuku dan rambut, macam mana nak
solat kan? Bukan setakat wuduk, mandi wajib pun tak sah.
Ini
aku tengok, yang tak tutup aurat pun sibuk sebarkan artikel ‘haram
pakai rantai burung hantu sebab ada unsur Freemason’ tu. Artikel suruh
tutup aurat taknak ambil peduli pulak? Tidak menutup aurat dan memakai
perhiasan secara berlebihan itu bukan setakat ada unsur Freemason. Malah
SAMA dengan orang kafir. Itu fakta! Yang sudah jelas haram pun orang
tak ambil kisah. Inikan pula nak dikaji semua benda dan kaitkan dengan
unsur Freemason. Bakteria seberang laut kau nampak. Dinosaur depan
hidung kau buat tak tahu.
Sekali lagi diingatkan.
Rantai burung hantu haram dipakai bukan sebab ada unsur Freemason.
Tetapi haram sebab Islam melarang segala jenis perhiasan yang
berunsurkan makhluk bernyawa.
#Adelagiyangberaninakpakairantaini?Huuhu ..
Thanks for Reading , assalamualaikum .