DIHANTUI DOSA SILAM KETIKA BERCOUPLE - SLOT IKTIBAR
Tahukah anda bahawa ber''couple" adalah kunci segala kemaksiatan dan zina?
SAYA berumur 28 tahun dan mendirikan rumah tangga hampir setahun lalu selepas kami terlanjur selama empat tahun.Sebelum
menjalinkan hubungan dengan suami saya, saya juga terlanjur dengan
bekas teman lelaki saya selama hampir tiga tahun.Sememangnya saya
merasakan hidup ini tidak pernah tenteram dengan dosa yang dilakukan
selama ini.Saya pernah menggugurkan kandungan sebanyak dua kali bersama teman lelaki yang kini menjadi suami saya.Begitu banyak dosa yang saya lakukan selama ini, tidak termasuk dosa saya dengan orang lain.
Dengan
status saya kini bergelar seorang isteri, saya menginginkan cahaya
mata bersama suami, tetapi apabila mengenangkan dosa yang saya lakukan
termasuk menggugurkan kandungan timbul perasaan bimbang.Saya takut anak
saya nanti cacat, tidak cukup sifat, menghidap sindrom down, terencat
akal atau mendapat penyakit kronik atau ganjil apabila membesar
kelak.Saya terlalu takut untuk mengandung sekali lagi kerana dihantui
dosa silam. Tolonglah bantu saya Dr.
INSAF Pulau Pinang
SEMEMANGNYA mereka yang melakukan dosa dan jenayah tiada ketenteraman jiwa.
Ini kerana perbuatan maksiat dan dosa termasuk zina sentiasa menghantui mereka.
Perbuatan
zina memang ditegah Islam kerana dikira sebagai perbuatan keji dan
jalan membawa kejahatan dan dosa yang lain seperti pengguguran dan
pembunuhan anak.
Ini dijelaskan al-Quran:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah
satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah al-Isra’
ayat 32)
Seterusnya Islam menghukum
penzina di dunia sebanyak 100 kali rotan bagi penzina yang belum
berkahwin seperti dalam ayat 2 Surah al-Nur yang bermaksud:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari kedua-duanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu
dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam
menjalankan agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari
Akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada
mereka itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman.” (Surah al-Nur ayat
2)
Sekiranya hukuman itu tidak berlaku
di dunia, penzina akan dihukum di akhirat dengan lebih kuat.
Bagaimanapun, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Allah
menerangkan hukuman akhirat boleh dihindari jika seseorang itu
bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh dalam firman-Nya yang
bermaksud: “Dan mereka yang tidak menyembah Tuhan yang lain selain
Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan
alasan yang benar dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan
demikian, nescaya dia mendapat balasan dosanya, akan
digandakan
azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam
keadaan hina, kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan
amalan soleh, kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebajikan dan
adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan sesiapa yang
bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia
bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat.” (Surah
al-Furqan: 68-71)
Dengan itu, puan perlu
menurut ajaran Allah dengan kembali bertaubat, beriman sepenuhnya pada
Allah, Nabi dan Hari Akhirat dan melakukan banyak amalan soleh seperti
bersedekah dan menolong anak yatim dengan mengharapkan keredaan
Allah.
Seterusnya, anda berdua hendaklah membina kehidupan keluarga atas jalan agama
terutama dalam mendidik anak kelak. Bertaubatlah dengan penuh
penyesalan atas keterlanjuran diri dan mohon doa kepada Allah agar
dikurniakan anak yang sihat dan baik di dunia dan akhirat.
Conclusion kat sini , takperlulah bercouple . Bagi remaja perempuan , anda telah mendapat 2 dosa . 1 : menyerahkan maruah kat orang lain 2 . Bila break , dpt dosa sakitkan hati orang . Betul tak ?
The Little Girl
Annyeonghaseyo ! 환영합니다
Ibarat Rachel dalam Heart.
Chingus
your cbox code here p/s : must be width:250px; height:330px